Thursday, October 11, 2012

Pembawa Berita..

Wahai pembawa-pembawa berita...

tolonglah berenti bercerita.. tak boleh ke kalau awak tahu dan diam? Boleh bersuara sekiranya awak rasa perkara itu benar dan ada membawa kebaikan malah perlu disebarkan silakan...

Yang menjadi tidak baik nya.. apabila pembawa berita menokok tambah khabaran berita bagi menghangatkan lagi suasana.. kadangkala sampai tercetusnya pergaduhan besar dikalangan ahli keluarga / teman rapat...( wow! anda hebat...! ) tapi.. bahagiakah anda berbuat begitu?

Tiadakah rasa kasihan pada insan yang terkena? Sekiranya hati anda telah buta.. Silakan...

Astagfirullah al-azim.. sampai bila? Sampai orang yang anda 'beritakan' itu jatuh tergolek depan kaki anda?

Insaflah menjadi pembawa berita yang boleh membawa kesakitan.. tidakkah anda tahu insan yang anda ceritakan itu pernah bersama-sama menempuh kehidupan bersama anda?

Fikirkan lah...

"note: bagi sesiapa yang membaca.. apa yang tersirat disini... jangan lah dikhabarkan pada sesiapa.. takut timbulnya fitnah & angkara... ini hanyalah olahan dari secebis cerita seorang pembawa berita.."


No comments: