Tuesday, August 14, 2012

Thank you so much ♡

Semalam genap umur aku 26 tahun...
Sampai2 office Nadia & Dhea buy sumting nice for me to make my phone look gorgeus!!! THANKS BUDDY♡♡lobe it so much!!! Muuahh...
Next, Lysa one of my bff... surprise me with famius amos chocolate..wif tiny little bear.. thanks kawan!!! The chocolate is realy nice!!! Mmmuuahh... thanks a lot babe!
Kebetulan bufday me Jatuh pada bulan puasa.. my lovely kekanda bwk makan @ ar rawsha, bulatan kg pandan.. :-) makan makanan arab sepuas2nya.. thanks sayang... ♡u till the end of my life!!! Your love will Bring me to the heaven sayang... :-)
Thanks to my little kiddis... Handsome Ammar, Beauty Mira & Sofeaya.. Mummy really appriciate it.. & will keep it properly... ♡ u..& thank you for the opportunity to experience the love of a mother...:-) tq so much munchies!!!
Thats all the story  of MY HARI TUA...;p and not forget to thanks to all who wish me happy birthday... :-) ♥♥♥ i really got a very wonderfulday on my birthday this year... thanks again.. and i also hope everyone can get the great birthday celebration too!!! :)
Lot of love :)♡NORIDATUL FADZLIN♡

Wednesday, August 8, 2012

Kitaran Haid

sumber : Kitaran Haid Wanita & baby centre


Apakan itu ovulasi? 

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak semestinya berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran. 

Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil? 

Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio sebelum telur itu mati. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi; kecuali, ia di senyawakan oleh sperma. Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama dalam salur genital anda (vagina, uterus atau tiub falopio. Adalah didapati bahawa sperma boleh hidup dalam badan anda sehingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, sperma mempunyai motiliti terbaik (bergerak pantas, lazimnya mengikuti jalan lurus) dihasilkan apabila seorang lelaki itu secara purata mengeluarkan mani setiap tiga atau empat hari sekali.

Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Adalah lebih realistik untuk bergantung kepada "ruang subur terbuka" selama lebih kurang empat atau lima hari bila sperma hidup dan sihat boleh bertemu telur ovulasi yang baru. 

Bagaimana hendak menentukan bilakah saya paling subur? 

Ovulasi selalunya berlaku 12–16 hari sebelum haid anda bermula semula. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari (hari pertama haid adalah Hari 1), ovulasi berlaku sekitar Hari 13 hingga ke 15. Panjang kitaran haid normal, walau bagaimanapun, adalah antara 23 hingga 35 hari, jadi ovulasi boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat dalam kitaran itu.

Cara yang paling mudah untuk menentukan masa subur anda ialah dengan memberi perhatian kepada badan anda dan belajar mengawasi tanda-tanda yang ovulasi itu akan berlaku. Cubalah kalkulator ovulasi kami untuk membantu anda menentukan bila masanya "ruang subur" anda. Kemudian eloklah anda membiasakan diri dengan kitaran perubahan hormon dan fizikal yang berlaku pada diri anda setiap bulan.

• Perubahan mukus serviks. Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.

• Sakit pinggang. Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.

Mungkin ada tak menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan ini. Fikirkan kembali kitaran haid anda dan anda mungkin dapat mengesan bahawa separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila anda mendekati ovulasi.

• Rasa seksi dan suka memikat. Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.

• Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.

• Bau yang membuat lelaki gila. Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia. 

Bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian konsepsi 

Jika anda melakukan seks tanpa perlindungan setiap dua atau tiga hari, sperma yang mempunyai motiliti baik akan berada di tempat yang sesuai bila saja anda melalui ovulasi. Seks secara teratur sepanjang kitaran anda adalah kaedah yang pakar-pakar kesuburan syorkan untuk menambah kebarangkalian menjadi hamil. Jika melakukan hubungan asmara semasa mukus serviks anda berair dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkalian konsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik.

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil bagi setiap kitaran. Ini bermakna di sekitar 84 peratus wanita yang melakukan seks teratur tanpa menggunakan kawalan kelahiran akan hamil dalam tempoh satu tahun. Jika mereka terus mencuba, separuh dari yang tidak berjaya akan hamil pada tahun berikutnya, menjadikan jumlah besar 92 peratus pasangan yang berjaya konsepsi dalam tempoh dua tahun. 

Monday, August 6, 2012

Bantal lama --> Bantal Baru

Kat rumah ada banyak bantal tak pakai.. (bantal lama-lama) tak pakai sebab dah lembik.. tak sedap nak baring.. hurm..setiap kali terpandang kat rak tu.. mesti rasa nak buang.. tapi sayang la pulak.. haiishhh..

Last-last ada orang telah menyumbangkan idea... hehehe (TQ KakNgah).. Bukak bantal tu mampatkan dia jahit semula.. hehehe.. (taaapii bila la aku rajin nak buat eh?) ok. insyaAllah sebelum rayalah saya siapkan.. hikhikhik.. jahit bantal lama..jemur..+ masukkan kat sarung yang baru.. cheewahhh.. hish.. semangat berkobar2 nak buat.. tapi... tak tau la bila... ngeeeeeeeeeee...

ok.chow.

Wednesday, August 1, 2012

Tweet Tweet..!

Semalam saja gatal tweet  @Nash_IdrusLVG dia ni pelakon, model senang nak kenal dia husband pada sazzy falak.. ;) dan sekarang adalah seorang business man.. hehehe... korang kalau perasan dia jadi model iklan adabi.. sumpah lawak iklan tu bila first time tenguk! tapi bila dah 3-4x not bad! Iklan yang super cute! hehehe.. 

So, cerita dia macam ni.. semalam lepas tenguk iklan tu terus tweet dia.. 'iklan makanan dalam tin tu..u nampak kelakar!..hehe' hahahahah! sumpah aku tak sangka dia reply : 'Hahaa... Saya ialah "adabi clown"..' aiyoo... rasa sebe salah pulak.. tapi seriously dia sporting... 


hehehe.. apa pun nash.. u memang sporting lah bro!.. k.bye!  ;p



Welcome to the world sayang..


Amzar.. new baby born... :) Mummy Sayang Amzar! Congrats Kak Sue..Semoga menjadi anak yang soleh dan sayangkan uminya.. ;)





Ni Pulak Khairina.. my sister little pie... hehehe Tiga-Tiga Princess anak dia.. Nama Manja QiQi.. cute kan? Selamat Menempuh Alam Kehidupan Sayang... Maklang Doakan Khairina Sentiasa Mendapat Perlindungan & Rahmat Dari-Nya..

Sejenak Kenangan Ramadhan

Rutin Ramadhan Tahun 2012 bersamaan dengan 1433 Hijrah:
  • Bangun pagi-pagi..masak..untuk sahur
  • Pegi keje..........
  • Balik keje masak untuk buka....
Tahun ni berlainan dengan tahun-tahun yang lepas... sebelum ni memang sahur dan berbuka semua di Rumah Mertua / Rumah Ibu ku... sebab dulu duduk pun agak berjauhan dengan mertua.. jadi setiap kali Ramadhan kami suami isteri akan berkampung di rumah mertua.. sebab lebih mudah.. sebab aku ni memang terkial-kial sikit bila nak memasak ni..hehehehe...


Tahun ni Ramadhan kami tanpa mertua.. pemergian baba mertua ku ke pangkuan ilahi pada februari yang lepas membawa hati ibu mertuaku ke melaka... ;( takpalah... biarlah mak cari ketenangan kat sana :) sebab biasanya bulan puasa arwah baba akan keluar rumah selama 40 hari... iaitu.. seminggu sebelum puasa dan akan kembali seminggu sebelum Aidilfitri..







Tahun ni aku belajar untuk menyediakan juadah bersahur dan berbuka.. :) Alhamdulillah setakat ni  aku boleh lakukan.. hehehe..walaupun terkedek-kedek nk pikir masak apa... Bila berbuka biasanya akan berbuka dengan KakSuraya & family..sebab anak-anak dia bersekolah berdekatan dengan rumah mertua..jadi senang untuk dia pastikan anak-anak dia pergi balik sekolah dengan baik... :) 

Walaupun tanpa mak... kami masih bersama.. :) mak jangan risau kat sana k? Masa awal-awal mak pergi hampir setiap hari call tanya boleh ke kami adik beradik bersama? InsyaAllah... Kami sentiasa bersama... Kami tunggu kepulangan mak seminggu sebelum raya nanti...


**iskk...rindu pulak rasanya....betul ni tak tipu.. aku rindu :(**