Tuesday, July 24, 2012

Kisah Statement Berani Mati

Kalau berani setakat dalam phone, laman sosial & sebagainya.. Rasanya orang macam ni lah orang yang paling rendah akal fikiran dia.. atau dalam perkataan kasarnya 'Bacul'

Bukan apa... kalau kita heboh kata-kata yang bukan-bukan pada individu lain samaada melalui phone atau laman sosial, tapi bila berhadapan.. tunduk kepala sampai nak menyembah tanah... rasanya itu akan lebih menunjukkan betapa penakutnya diri kita...

Yang kelakarnya..gunakan kata-kata kesat dalam phone, sms dan sebagainya...tapi larikan diri entah kemana... Lagi satu pulak, update yang bukan-bukan kat laman sosial.. tapi bila update siap unfriend la.. block la orang tu.. baik takpayah kan? Kalau dah marah sangat 'tag' jela sekali.. baru la gempak sikit.

Jadi nasihat saya;


tak perlu nak tunjukkan keberanian setakat pada cakap kosong melalui telefon, sms, twitter, fb dan sebagainya.. tak guna pun buat perkara sebegitu.. itu akan menambahkan lagi masalah... dan secara jelas menunjukkan kekurangan akal pada diri...


Sekiranya marah dengan seseorang... Cubalah bawak berbincang secara berhemah... takkan ada nye kes akan berpanjangan sekiranya kita saling meluahkan... 


Jangan buat orang jadi terlampau marah dengan anda... kerana itu akan menjadikan diri anda tidak tenang walaupun dalam tidur... ;)

No comments: