Tuesday, July 31, 2012

Cerita Sang Suami

Semalam, 
Balik-balik dari ofis.. husband aku cerita pasal seorang kawan dia...yang agak rapat sejak dari alam persekolahan; nama dia Herman.. (bukan nama penuh) bekerja sebagai technician dalam sektor kerajaan. Berpangkat agak tinggi..dan mempunyai banyak kemahiran & pengalaman malah memegang gaji lebih dari 6***++ (agak berbaloi untuk seorang kakitangan kerajaan). 
ok. cerita dia macam ni :


"Dia terpaksa letak jawatan" -  sedangkan kerja dia memang "Gread A".
Nak tau kenapa?? - "sebab perasaan hasad dengki & kemarahan orang lain"


kisah disebalik kerja dia yang superb:
  1. Lupa Tanggungjawab sebagai umat-Nya
  2. Terlalu kerap memperkecilkan kebolehan orang lain
  3. Agak merasakan diri terlalu hebat
  4. ....................(tak terkata disitu)
Pengajaran yang boleh kita ambil kat sini... 
"Walau tinggi mana pun darjat kita, walau bertuahnya kita dalam hidup ni haruslah sentiasa beringat..., bukan setakat beringat dalam perbelanjaan kita, namun beringat akan tanggungjawab kita sebagat Umat-Nya, sebagai seorang anak, suami atau isteri, mahupun sebagai abang atau kakak walaupun sebagai kawan dan jiran...Tak rugi buat begitu.. kerana akan ada pembalasan yang lebih baik dari yang sedia ada.. InsyaAllah.."


ok. berbalik pada kawan husband saya tu.. 
hidup dia sekarang bergantung pada kehidupan sederhana...tak seperti dulu yang mempunyai lebih dari satu kereta & rumah.. tetapi Alhamdulillah... dia sedar kesilapan dia yang lepas.. dan menuju ke arah yang lebih baik...:) 


Rupanya-rupanya kawan husband saya ni.. memang saya kenal, dan pernah makan semeja.. Ya, memang tak sangka dengan perubahan hidup yang dia alami.. tapi satu je kita kena ingat ... 


"Allah s.w.t hanya meminjamkan sementara... apabila dia menghendakinya maka dia akan mengambilnya..yang perlu kita buat.. bersyukur & redha dengan segala kehendak-Nya tanpa perasaan terselindung yang berbaur dendam" 


Sekian, Cerita Sang Suami.. :) Saya berkongsi untuk pengajaran untuk kita semua... InsyaAllah.

No comments: