Tuesday, July 31, 2012

saja nak post!




Saya ada sorang kawan.. ramai kawan saya kata dia handsome.. tapi sayang.. wajah dia handsome.. tapi.. ramai yang merana disebab kan dia...

"insaflah kawan kuh.." k bai! heheheh saja hapdet merapik.. ;p tapi ini kisah benar tau!


--->  hanya gambar hiasan!

Cerita Sang Suami

Semalam, 
Balik-balik dari ofis.. husband aku cerita pasal seorang kawan dia...yang agak rapat sejak dari alam persekolahan; nama dia Herman.. (bukan nama penuh) bekerja sebagai technician dalam sektor kerajaan. Berpangkat agak tinggi..dan mempunyai banyak kemahiran & pengalaman malah memegang gaji lebih dari 6***++ (agak berbaloi untuk seorang kakitangan kerajaan). 
ok. cerita dia macam ni :


"Dia terpaksa letak jawatan" -  sedangkan kerja dia memang "Gread A".
Nak tau kenapa?? - "sebab perasaan hasad dengki & kemarahan orang lain"


kisah disebalik kerja dia yang superb:
  1. Lupa Tanggungjawab sebagai umat-Nya
  2. Terlalu kerap memperkecilkan kebolehan orang lain
  3. Agak merasakan diri terlalu hebat
  4. ....................(tak terkata disitu)
Pengajaran yang boleh kita ambil kat sini... 
"Walau tinggi mana pun darjat kita, walau bertuahnya kita dalam hidup ni haruslah sentiasa beringat..., bukan setakat beringat dalam perbelanjaan kita, namun beringat akan tanggungjawab kita sebagat Umat-Nya, sebagai seorang anak, suami atau isteri, mahupun sebagai abang atau kakak walaupun sebagai kawan dan jiran...Tak rugi buat begitu.. kerana akan ada pembalasan yang lebih baik dari yang sedia ada.. InsyaAllah.."


ok. berbalik pada kawan husband saya tu.. 
hidup dia sekarang bergantung pada kehidupan sederhana...tak seperti dulu yang mempunyai lebih dari satu kereta & rumah.. tetapi Alhamdulillah... dia sedar kesilapan dia yang lepas.. dan menuju ke arah yang lebih baik...:) 


Rupanya-rupanya kawan husband saya ni.. memang saya kenal, dan pernah makan semeja.. Ya, memang tak sangka dengan perubahan hidup yang dia alami.. tapi satu je kita kena ingat ... 


"Allah s.w.t hanya meminjamkan sementara... apabila dia menghendakinya maka dia akan mengambilnya..yang perlu kita buat.. bersyukur & redha dengan segala kehendak-Nya tanpa perasaan terselindung yang berbaur dendam" 


Sekian, Cerita Sang Suami.. :) Saya berkongsi untuk pengajaran untuk kita semua... InsyaAllah.

Tuesday, July 24, 2012

Kisah Statement Berani Mati

Kalau berani setakat dalam phone, laman sosial & sebagainya.. Rasanya orang macam ni lah orang yang paling rendah akal fikiran dia.. atau dalam perkataan kasarnya 'Bacul'

Bukan apa... kalau kita heboh kata-kata yang bukan-bukan pada individu lain samaada melalui phone atau laman sosial, tapi bila berhadapan.. tunduk kepala sampai nak menyembah tanah... rasanya itu akan lebih menunjukkan betapa penakutnya diri kita...

Yang kelakarnya..gunakan kata-kata kesat dalam phone, sms dan sebagainya...tapi larikan diri entah kemana... Lagi satu pulak, update yang bukan-bukan kat laman sosial.. tapi bila update siap unfriend la.. block la orang tu.. baik takpayah kan? Kalau dah marah sangat 'tag' jela sekali.. baru la gempak sikit.

Jadi nasihat saya;


tak perlu nak tunjukkan keberanian setakat pada cakap kosong melalui telefon, sms, twitter, fb dan sebagainya.. tak guna pun buat perkara sebegitu.. itu akan menambahkan lagi masalah... dan secara jelas menunjukkan kekurangan akal pada diri...


Sekiranya marah dengan seseorang... Cubalah bawak berbincang secara berhemah... takkan ada nye kes akan berpanjangan sekiranya kita saling meluahkan... 


Jangan buat orang jadi terlampau marah dengan anda... kerana itu akan menjadikan diri anda tidak tenang walaupun dalam tidur... ;)

Serabut Tiba-Tiba

Pagi ceria bertukar serabut bila tiba-tiba dapat panggilan kecemasan... hurm... serabut yang menyerabutkan..yang boleh mendatangkan gangguan emosi 'angin satu badan' haiyoo..

Pleaaaaaseee la... macam mana nak settle? Yang sorang entah hilang ingatan atau lebih dikenali 'sindrom sewel'... yang sorang lagi semuanya nak disorokkan...entah kemana entah pegi... no.phone bertukar... lepastu bila kes tak settle...tau pulak dok call-call sana sini...

Last-last dirini gak yang pening tercarik-carik jalan penyelesaian....tolong lah bagi kerjasama.... ;(

SERABUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!kalau lah bukan  sebab mak & abah.. harap semua ni akan selesai secepat yang mungkin.. untuk ketenangan mereka...

Friday, July 20, 2012

I got Flu!!

Sangat Pening kepala! Kerap Bersin! Mual & Emosi untuk menagis amat tingggi!!! haiyooo... ssyuuuhhh syuuhhhhh plsss go away from me!!!!


Esok dah start Ramadhan.. ;( Dugaan Dugaan... Harap saya cepat recover... 

Monday, July 16, 2012


Thursday, July 12, 2012

Apa daaaaa...!

"I ni nama je Officer.. tapi i buat keje kerani... "

amboi amboi amboi........ habis yang i ni pulak? 
Clerk je tau.. tapi kadang-kadang keje Officer I kene buat jugak...

........................................................ ok bai.

Tuesday, July 10, 2012

Wedding Wedding Wedding..

Syaerah & Husband (sapa nth nama husband dia ceq lupaaa.. ;p)

Congrats both of you

"Welcome to the Club Yappa & Yana"
Barisan hadapan terdiri daripada 'Bini-Bini ku Gangster' hehehe

Tahniah Cik Azlina & Tuan Hj. Parid,
Inilah yang dikatakan kalau sudah jodoh tak kemana.. ;) sweet couple.. semoga berbahagia hingga ke pintu syurga wahai bos ku.. ;p

Thursday, July 5, 2012

hanya aku

"kesedihan aku hanya DIA yang maha mengetahui.. perit untuk aku.. demi kebahagiaan mereka. Aku tak sempurna seperti mereka.. biarlah mereka bahagia.. 


Aku?........................"


#luahan aku tiada siapa sudi untuk mendengar...hanya titisan airmata yang mampu aku   luahkan padanya.. ya Allah.. pecahkanlah kesunyianku ini agar aku dapat merasakan perkara yang sama seperti mereka... jika benar aku tidak layak... aku redha.. tapi ambillah aku semula... kerana tak tertanggung rasanya derita ini...#