Tuesday, March 6, 2012

Dugaan datang lagi.. ;)

Salam Blog,
Sesungguhnya Allah s.w.t itu akan menguji kekuatan hambanya mengikut tahap kekuatan dia untuk berdepan dengan ujian yang diberi.. Makin banyak dugaan yang datang makin banyak kita di uji..Makin kita dekat dengan Pencipta Alam Semesta.. InsyaAllah...Setiap kesakitan dan dugaan yang dihadapi dapat mensucikan kita dari dosa lampau..Allahualam...InsyaAllah Amin...Semoga dugaan yang datang ini dapat menguatkan lagi kasih sang isteri.... 

Pada 01 Mac 2012, suami ku telah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak untuk menjalani pembedahan di bahagian perut.. Dia telah disahkan oleh Doktor Pakar, Dr.Shahrol  mengidap Appendix..dimana  perlu menjalani pembedahan untuk mengelakkan ianya terus membengkak dah seterusnya pecah dan boleh menyebabkan kematian... Alhamdulillah... pembedahan berjaya dibuat pada 01 Mac 2012, 10malam hingga 11.30malam... 

1 hari sebelum warded

1st Day,  Tag Katil: Wad Ad-Naeem, Tingkat 5, Bilik 16 Katil 2 

Tag Tangan


1 jam sebelum pembedahan

Kenangan sebelum pembedahan dibuat

1 jam selepas pembedahan

2nd Day, Doc Bukak Plaster Pembedahan 

16 Jam selepas pembedahan.. Alhamdulillah dah boleh duduk

3rd Day, Tunggu keputusan Dr.Shahrol untuk Discharge


Alhamdulillah... Semuanya Selamat



Terima Kasih Dr.Shahrul & Jutaan terima kasih Hospital Pusrawi kerana telah merawat suami saya.. Tak Lupa pada GL MIDA..;) Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar


Sekian, Semoga suami kuh cepat sembuh seperti sediakala.. sekarang ni dia dalam proses recover balik semua kekuatan yang ada... yang paling aku kagum.... Dia tetap tunaikan tanggungjawabnya sebagai umatnya.. walaupun dalam keadaan uzur... mula-mula kami semua kata takperlu tunaikan dulu sebab awak tak kuat lagi.. tapi dia gagah kan jugak dirinya untuk bersujud padamu.. Alhamdulillah... Ya Allah.. kau permudahkanlah kesakitan yang ditanggungnya..... Aku hanya mampu berserah dengan ketentuanmu... 

p/s; Semoga cepat sembuh ye sayang? Awie sentiasa ada dekat dengan abang..InsyaAllah..

No comments: