Thursday, February 2, 2012

Bersyukurlah..

Salam Blog,

Kat cni kuh nak share kan salah satu perkara yang menyentuh hati..tengah layan fb... dan terjumpa sekeping gambar yang membuat aku terpanggil untuk share di blog ni..

Dimana sekiranya kita berasa kita lah orang paling bermasalah....dan berada dalam kesusahan.. Masih ada orang yang lagi menanggung beban yang amat berat untuk di harungi...

Insaf bila terlihat gambar ni... Sedang kita menikmati kehidupan ni.. walupun dalam keadaan yang bersederhana dan agak perit.. masih ada yang teramat mengimpikan kehidupan seperti yang kita ada....

Maaf, terpaksa memblurkan gambar.. 
Kita selalu merungut.. "Kenapalah mak & abah ni tak beli rumah besar, Kenapa lampu ni tak betul-betul lagi dah sebulan rosak, Kenapa tak pasang air-cond, Kenapa TV kita bukan LCD, Kenapa takda mesin pengering baju, Kenapa dapur gas kita ni buruk" dan mcm-mcm lagi kita bersungut...

Sayangnya... ada orang yang lagi sukar kehidupannya... bayangkan.. lantai pun tidak bersimen.. apatah lagi dengan isi rumah mereka... Subhanallah... hari ni kau telah mencampak kan aku erti kesyukuran yang lebih bermakna...

Sedang kita bahagia menikmati kehidupan sekarang ini.. dalam masa yang sama... sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita Nikmati.... dan sentiasalah bersederhana dalam menongkah arus kehidupan....dan  sekiranya ada rezeki lebih ringankanlah beban mereka yang memerlukannya.... InsyaAllah, kita akan lebih bahagia.....

No comments: