Tuesday, February 14, 2012

Al-Fatihah..





Salam Semua,
Pada 10 Feb 2012, hari Jumaat tepat pukul 10.45pagi, arwah baba telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..dan lebih kurang pukul 5ptg.. Alhamdulillah.. Jenazah telah selamat dikebumikan dengan sempurna..

Seluruh ahli keluarga merasakan kehilangannya... tak tehitung betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bernama haji Othman bin Ali@Mamat (sebagai;Suami,Ayah,Mertua,Atuk,Pakcik, Abang dan Sedara)..

Mak ada cakap, "Baba pesan adik beradik jangan sesekali bergaduh berpanjangan.. sentiasa bermuhasabah diri..." Mak Cakap Baba tak nak kami bertelingkah sebab Baba pernah cakap kat mak "Baba anak tunggal... Ibu dan Ayah Baba meninggal muda...Baba hidup dengan usaha dia sendiri bagaikan tiada sedara mara....." jadi Baba taknak keluarga yang dia bina ni runtuh disebabkan perselisihan faham yang berat...  Banyak lagi pesanan Mak berikan pada malam tu... semua adik beradik hanya berdiam dan berlinangan air mata..

InsyaAllah Mak, kami sentiasa bersama... takkan lupa pesanan yang diberi...

Malam ke-4, 
Seorang suami memberi pesanan pada Isterinya.. "Abang dah takda baba.. Abang rasa betul-betul kehilangan...Abang redha.. tapi kita masih ada Abah.. Jangan kita sakiti hati dia..Jagalah dia sementara dia masih ada.." 
Pesanan yang diberi diselangi dengan genangan airmata seorang Suami.. Ya Allah... hanya kau sahaja yang memahami hati ku ini ketika itu...

Semua ini berlaku dengan pantas.. kita sebagai hambanya haruslah sentiasa bersedia.. Setiap yang hidup, Kematian itu adalah Pasti..., oleh itu haruslah kita sentiasa mendoakan kebaikan untuknya.. Al-Fatihah..


1 comment:

guest said...

alFatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org2 yg beriman....