Tuesday, February 28, 2012

N.A.S.O.B

N.A.S.O.B

tahniah... anda berjaya!
;(

telan mati mak, luah mati ayah... kalau kunyah?? Sapa mati?
;p

Wednesday, February 22, 2012

password

fuhh!, berpeluh dahi....

Tetiba blog aku takley bukak... 'wrong password' pastu email gmail sume takley bukak... ergghh agak tegezut jugaklah... napa tetiba takley.. padahal password yang sama je aku pakai... ;( maybe ada yang nak test skill kut kat gmail kuh..tapi takpalah.. takda apa pun yang diorg dapat.. aku bukannye ar-retis pun...." mak tak kesah pon nak......!' hehhehe...

Lastly dapat gak bukak.. kene reset password bagai... hurm... sapalah punya keje ann? tapi takpa.... kuh tak marah pon... sebab tak penah pon hapdet mende2 yang tooooopersonal + financing information kat blog atau pun email... ;)

Apa-pun.. syabas kerana anda berjaya buat saya terkial-kial nak bukak blog senirik... hehhehehe ;p

Monday, February 20, 2012

Masa

Kengkawan,

Betullah kata orang.. kita tak boleh mengundur masa.. bak kata pepatah : "Masa itu emas" :

Masa tu amat berharga..makin lama makin tinggi nilainya untuk kita kenang.. sama macam mas..yang harga makin lama makin meningkat tinggi harganya...

Kadang-kadang kita akan sentiasa berfikir sekiranya kita dapat mengulangi masa kita yang sebelum ini untuk memperbaiki segalah kesilapan kita yang lampau... tapi Takkan... kita takkan dapat ulang... Sekiranya  dalam mimpi.. kita boleh memilih untuk menukar jalan cerita.. tapi dalam alam nyata.. kita takkan dapat peluang tu...Takkan dapat.

Hargailah masa, supaya kita tak menyesal dan terfikir tentang masa lepas... ;)

"terpanggil nak tulis tentang masa sebab semalam... husband ada cakap... ~kalau lah baba masih ada~ ;)" kuh pun...ada terpikir jugak.. kalaulah boleh patah balik ke tahun 2008.."

p/s ; tahun tu amat menghasilkan kesan dalam hidup aku sampai sekarang

storybook

"i need you more than you need me... I've lost you like a thousand years a go... I take a look our last memory.... I can see you are smiling at me... but now.. i didn't know who you are... and where did you go.. it's really hurt me.. please return back to me.. or leaved me for your happiness that you deserved.. i'm tired to face it.. but before that.. i want to thanks you for gave me a 'life' .... "

..i am sick off it.. 

~book ; secret of lifetime .. page  128~


     

Friday, February 17, 2012

shoulder...



Salam,

Semua berlaku terlalu amat pantas… keputusan yang dibuat adalah terlalu drastik tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya…  Hanya mampu tersenyum tawar.. tidak pasti ianya ikhlas atau terpaksa rela.. Berbincang sesama sendiri adalah amat penting.. bagi membuat keputusan yang tidak akan menyakiti sesiapa yang terlibat... apabila keputusan telah dibuat secara tiba-tiba.. tak mungkin tak ada yang berkecil hati..

Sekian..Wassalam..

Tuesday, February 14, 2012

Al-Fatihah..





Salam Semua,
Pada 10 Feb 2012, hari Jumaat tepat pukul 10.45pagi, arwah baba telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..dan lebih kurang pukul 5ptg.. Alhamdulillah.. Jenazah telah selamat dikebumikan dengan sempurna..

Seluruh ahli keluarga merasakan kehilangannya... tak tehitung betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bernama haji Othman bin Ali@Mamat (sebagai;Suami,Ayah,Mertua,Atuk,Pakcik, Abang dan Sedara)..

Mak ada cakap, "Baba pesan adik beradik jangan sesekali bergaduh berpanjangan.. sentiasa bermuhasabah diri..." Mak Cakap Baba tak nak kami bertelingkah sebab Baba pernah cakap kat mak "Baba anak tunggal... Ibu dan Ayah Baba meninggal muda...Baba hidup dengan usaha dia sendiri bagaikan tiada sedara mara....." jadi Baba taknak keluarga yang dia bina ni runtuh disebabkan perselisihan faham yang berat...  Banyak lagi pesanan Mak berikan pada malam tu... semua adik beradik hanya berdiam dan berlinangan air mata..

InsyaAllah Mak, kami sentiasa bersama... takkan lupa pesanan yang diberi...

Malam ke-4, 
Seorang suami memberi pesanan pada Isterinya.. "Abang dah takda baba.. Abang rasa betul-betul kehilangan...Abang redha.. tapi kita masih ada Abah.. Jangan kita sakiti hati dia..Jagalah dia sementara dia masih ada.." 
Pesanan yang diberi diselangi dengan genangan airmata seorang Suami.. Ya Allah... hanya kau sahaja yang memahami hati ku ini ketika itu...

Semua ini berlaku dengan pantas.. kita sebagai hambanya haruslah sentiasa bersedia.. Setiap yang hidup, Kematian itu adalah Pasti..., oleh itu haruslah kita sentiasa mendoakan kebaikan untuknya.. Al-Fatihah..


Thursday, February 9, 2012

Dikala Waktu Senja..


Ya Allah,


Sekiranya Engkau menyayanginya... ambil lah dia... kerna kami tidak mampu untuk melihat kesakitan yang di tanggungnya... 


Akan tetapi sekiranya masih ada peluang untuk kami berpelukan mesra bersama.. sembuhkanlah ia seadanya.... Kerana kami amat merindui dia...


Ya Allah...,
Hanya pada Kau kami berserah.. segala usaha telah kami lakukan.... Sesungguh nya dia amat kami sayangi dan hormati... berilah dia ketenangan yang sempurna... Amin..... ;'(

Friday, February 3, 2012

- Empty -

Hari-hari rempuh jalan sesak tuk g opis..

Thursday, February 2, 2012

Bersyukurlah..

Salam Blog,

Kat cni kuh nak share kan salah satu perkara yang menyentuh hati..tengah layan fb... dan terjumpa sekeping gambar yang membuat aku terpanggil untuk share di blog ni..

Dimana sekiranya kita berasa kita lah orang paling bermasalah....dan berada dalam kesusahan.. Masih ada orang yang lagi menanggung beban yang amat berat untuk di harungi...

Insaf bila terlihat gambar ni... Sedang kita menikmati kehidupan ni.. walupun dalam keadaan yang bersederhana dan agak perit.. masih ada yang teramat mengimpikan kehidupan seperti yang kita ada....

Maaf, terpaksa memblurkan gambar.. 
Kita selalu merungut.. "Kenapalah mak & abah ni tak beli rumah besar, Kenapa lampu ni tak betul-betul lagi dah sebulan rosak, Kenapa tak pasang air-cond, Kenapa TV kita bukan LCD, Kenapa takda mesin pengering baju, Kenapa dapur gas kita ni buruk" dan mcm-mcm lagi kita bersungut...

Sayangnya... ada orang yang lagi sukar kehidupannya... bayangkan.. lantai pun tidak bersimen.. apatah lagi dengan isi rumah mereka... Subhanallah... hari ni kau telah mencampak kan aku erti kesyukuran yang lebih bermakna...

Sedang kita bahagia menikmati kehidupan sekarang ini.. dalam masa yang sama... sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita Nikmati.... dan sentiasalah bersederhana dalam menongkah arus kehidupan....dan  sekiranya ada rezeki lebih ringankanlah beban mereka yang memerlukannya.... InsyaAllah, kita akan lebih bahagia.....