Wednesday, January 25, 2012

Subhanallah...

Ya Allah,


Dugaan yang kau curahkan kali ni memang menguji tahap kesabaran maksima untuk aku seorang insan yang lemah dan perlukan sokongan padu orang sekelilingnya...

Dugaan datang bertimpa-timpa... belumpun terurai yang satu.. Datang lagi yang satu... Tehampap lagi pada yang lain... Apakah langkah perubahan yang ingin aku ambil tika ini menguji kekuatanku sebagai sebagai niat untuk menjadi Seorang Muslimah? Jika ya, Ya Allah.. hanya kau saja tempat ku berlindung..dan hanya kau saja yang dengar rintihan hati ini.. 
Aku terima Qada' dan Qadarmu...

Untuk Saudara ku (Kakak),
Tabahlah hadapi dugaan ini walaupun tika ini kau sedang sarat mengandung... Mak, Abah, dan semua abang dan adik2mu sedia berada disebelahmu.. Kuatkan diri kau demi anak-anakmu... Kami sentiasa disisimu..percayalah.. setiap yang baik akan dibalas baik begitulah sebaliknya.. Allah hu alam...

Saudara Sedarah Daging ku,
Berhentilah melakukan perkara yang merosakkan kerohanian kekeluargaan... cubalah belajar untuk Memberi dan Menerima... dan perbanyakkanlah ilmu bertolak ansur.. Aku pasrah dengan apa yang aku hadapi selama di samping kalian.. Cukuplah setakat apa yang dah berlaku... Sekiranya betul siapa salah siapa betul.. tak penting utk membuktikan apa-apa.. sebab tak semua makhluk didunia ini diciptakan Sempurna....kesempurnaan itu hadir dengan izin-Nya, tidak perlu bertelingkah hanya untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.. cukuplah sekadar bersederhana dalam segala segi..  

**Semoga semuanya berada dalam keadaan sediakala, sekiranya telah ditakdirkan murka, biarlah ianya pulih menjadi yang lebih baik dari sebelumnya... Amin...**


Astagfirullah, ha illAllah...Wala ila ha illAllah...Allah hu Akbar....

5 comments:

Anonymous said...

seperti org cakap.. Sabar separuh daripada iman.. sabar ye?

Anonymous said...

banyak2 istighfar

Anonymous said...

Dia sentiasa disisimu..InsyaAllah..

Naddy Amat said...

insyaallah..
org2 yang diuji itu adalah kesayangan allah.
ujian dberi untuk mendekatkan dri kite kepadanya.
tabah ye kawan..:)

gloryahatty said...

Naddy; TQ kawan... ;)