Monday, January 30, 2012

Lepaskan Aku..

Salam Blog,
Pagi tadi masa on the way ke ofis.. terdengar lagu ni kat Hot.fm, "Aku Maafkan Kamu".. ;) lagu ni bermakna... taktau kenapa.. tapi lirik dia amat membayangkan sesuatu yang amat membebankan fikiran terlepas dengan tenang... Thanks Jamal / Malique Too Phat...

Status fb ku jugak aku paparkan secebis dr lirik tu... :-


Sekiranya ada yang terbaca... ni luahan hati aku... tolong jangan salah faham... tapi ini update terakhir buat penutup kesah 'semalam'... Semoga kita berjumpa di muka yang lebih bersedia dan aman... ;)

Antara lirik yang di nyanyikan :

"Aku maafkan kamu, Tak perlu kita bertemu, Cukup kau tahu, Yang aku Maafkan kamu, Tolong teruskan hidup, Jangan sebut namaku"

olahanku ; Marilah kita bersama bermafaan... Sekiranya terus dibenci.. tolong teruskan hidup tanpa aku.. jangan di ingat atau jangan sebut2 lg kesahku..

"Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu, Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu, Maafkan mereka, mereka tidak tahu, Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu"


olahanku ; bukti atau kebenaran apa yang dikehendaki sedangkan apa yang berlaku semuanya atas dasar cerita penyedap rasa mengikut nafsu kebencian... Jadi aku tak mampu untuk berbuat apa.. hanya membiarkan apa yang berlaku sehinggakan timbul pelbagai cerita.... kamu terus bercerita tanpa berfikir dan beristghfar diatas apa yang berlaku...kenapa tidak bertnya terus padaku? kenapa harus merujuk pada pencerita yang lain? 


"Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati, Atas kepala murai sekawan, Baling kurambit kucup lehernya, Terlalu rahi dendam diangan, Sampai terkacip mulut mahirnya"

olahanku ; Kita sama darah dan keturunan yang sama... tapi tak sama hati dan perasaan. Tak tahu dendam berpunca dari mana... terus berkata tanpa lelah... sehingga diriku terpempan di satu sudut yang kelam, mencarik kebenaran kata-kata yang dihamburkan...


"Jangan ahli sihir seru nama maharaja, Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma, Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara, Kalau terpelajar sila guna hak miranda, Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam, Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham, Mereka mula kiri, aku kanan bila baca, Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta"


olahanku ; berfikirlah sebelum bercerita.. takut ada hati yang  terluka... tapi akhirnya aku yang terkena... DIA telah menganugerahkan akal yang bijak untuk digunakan sebaiknya.. berhentilah bersuara perkara yang menggoyahkan iman di dada... Jangan heret orang lain dalam masalah ini... biarkan dia, yang kamu marah aku.. bukan dia... jangan mengheret org dekat dengan aku dengan masalah ni.. gunakanlah akal fikiranmu sewarasnya.. Sememangnya Ilmu di dada takkan pernah cukup sehingga ke hembus nafas yang terakhir...


"Ada teratak di hujung kampung, Bawah cermin kopak ada kotak, Tersembunyi dalamnya ada tempurung, Sembunyi bawahnya katak melalak, Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan"



olahanku ; 7 orang kesemuanya.. salah seorang daripanya tlh dianggap sepi... sehinggakan semua hasil dari dia diketepikan bagai tidak ada hati dan perasaan... ye.. ternyata yang lain lebih mempunyai kehidupan yang sempurna dari yang ini... tapi  ingatlah Allah s.w.t tak pernah ciptakan hambanya sesempurna yang di bayangkan... .. 


Sekian... Sekiranya terbaca...

Ini hanyalah lukisan dari hati aku... tidak terlintas untuk berkata apa-apa selain dari mengatakan yang "AIR dicincang takkan pernah putus... tetapi sekiranya dibiarkan.. ia akan kekeringan... dan lenyap... ", tetapi hubungan darah takkan pernah hilang malah akan bertambah mengalir mencari ikatannya... Sekian....

No comments: