Tuesday, January 31, 2012

Titipan Gambar ke Solo, Indonesia..

Woahh tajuk Mailing International gitu kennn.. hehhe.. actually ni amanah dari Mak Saudara kuh kat Melaka tu.. untuk hantarkan gambar2 mereka ke Kampung Halaman Cik Mila di Solo, Indonesia... ;) huhu.. sebulan aku 'terrrsimpan kemas' gambar-gambar ni kat dalam kereta... baru la teringat nak Scan n emailkan gambar2 tu.. hehhe 'maafin awie ya cik Mila...lupak kok'... ;p apa-pun kuh happy bila dah send sume gambar2 tu..

Email pada Kak Siti, adik Cik Mila 

hah... tu dia Cik Mila kuh.. possing ala-ala manja gitteeww ;)
anak - anak Cik Mila, yang keluarga mereka di Solo, Indonesia rindui.. ;)
(Tudung biru: Jannah, Buat Peace: Tasnim, Little Boy: Ridhuan) 

OK, done! hehehe... Semoga Cik Mila dapat balik ke sana lagi bila ada rezeki ;) InsyaAllah.... muahhh.. babai...

Nafas Baru, Semangat Baru, Kehidupan Baru


Salam Semua,

Selepas harungi pelbagai rintangan dan dugaan.. Alhamdulillah... Emosi, fikiran aku menjadi lebih stabil berbanding sebelum ni... Semua nya bertambah pulih.. Alhamdulillah aku bersyukur padamu Ya Allah....memberi aku peluang untuk merasa kemanisan  hidup... ;) Terima Kasih tidak terhingga pada yang mendoakan keredhaan kami....

Sekian.......Alhamdulillah hirabbil Alamin........

Selamat Hari Lahir Little Teddiessss

Selamat Hari Lahir Sayang,

Mmmuuaahhh..  Mak Lang tak pernah bosan dengan kalian.. ;) love both of u forever....!!! hishhhh! sayang Ain, Shifa, and baby... ehhh? heheheh... Semoga Ain, Shifa dan baby, sentiasa sihat dan ceria selalu.. aminnn...
"Mama, Wan, Totok, PakLong, MakLang, Pakcik, Pak Su.... Sentiasa ada dengan Ain, Shifa dan baby, takkan biarkan kamu semua sunyi... Penuh dengan Kasih dan Sayang.. InsyaAllah.... "

note : Ain genap 3 tahun bulan 12 haritu.. adik Genap 2 tahun semalam... ;) baby?? hehehe

Ceritera : 

MakLang ; Hai sayang...... mama mana?
Kakak (Ain) ; Mama, bili tet tuk kakak nan cipa... 
MakLang ; (Terus Peluk Kakak..bawak masuk rumah..)  ;)

dalam pukul 6.45 mama balik bawak kek yang dijanjikan...................................amboi.. seronok melompat2 dua-dua cucu totok tu nampak mama.... hehehhe

..Selamat Hari Lahir Sayang..
Kek Dari Mama.. cedapp annn?

Kakak poton cipa tenok yeh?

Adik dodop diam-diam sebelah paklang keh?

Mama, mama... ni kakak cuap mama... aaaaaummm...

Sayamm mama.. tacih beli tet tuk Ain nan Cipa...
Sekian... ;) Muuuaaahhhh....

berus oh berus!

Pagi!,

hahaha! korang tau napa berus? alaaaa berus kain tu.... muahahah! puas aku nak ilangkan kesan pecah kaki kat tapak kaki ni.. macam2 try.. beli batu tanah liat laaa....beli krim la... letak losyen la.... tuk sental kat kaki ni....

haihhhhh! last skali ada satu hari tu.. aku lik Melaka.. then kaki aku itam gila... dah lah tapak kaki aku crack! last2 aku nampak ada berus kain  kat tepi dinding.. aku apa lagi... aku letak sabun... aku berus kaki aku guna berus kain tu.. muahahahah! lantak la! geram nye pasal tenguk kaki yang kotor lagi pecah ni... tanpa melengahkan masa aku berus kaki aku sepuas hati... hah! hambik kau....

lebih kurang mcm
ni berus tu
3 hr kat melaka.. tiga-tiga hari aku wat pangai tak senunuh tu... tapi hari kedue tu.. aku sanggup g kedai mamak kat simpang umah nenek aku tu g beli berus kain semata-mata nak berus kaki! hahahah! suami aku penyabar orangnya.. nk layan perangai isteri yang kurang sabar ni hah.. nak taknak dia layankan je lah ye dop! hahahaha!

Pastu aku lik ketempat asalku... then mcm biasa la... aku pakai batu yang aku beli tuk gosok kaki.. uishhh! kat ctu nampak perbezaannya tau... guna berus kain lagi bersih dr guna batu tu.. woahhh.. rypanya Jalan penyelesaian selama ni ada depan mata.. tapi aku tak penah cuba! hahahahha tu lah kata orang.. belum cuba belum tau kan.... ;p Sekarang berus kain amat aku sayangssssss hahahaha TQ berus kain!

Seriously kaki aku betambah baik.. korang try la... kalau yang crack tu.. serious bersih weh...! aku tak tipu.. sebab dah try senirik..lg pun cut cost jugak.. hahaha! takyah beli produk crack bagai! hehehehhe.

Renung-renungkan dan selamat beramal.... mmuuahhhh

Selamat Mencuba!!

(tapi bukan guna berus sabut tau, guna berus kain yang kecik sikit tu, yang tempat berus dia halus tu...
alah.. kalau perempuan mesti tau nye berus tu salu untuk apa)

Monday, January 30, 2012

Lepaskan Aku..

Salam Blog,
Pagi tadi masa on the way ke ofis.. terdengar lagu ni kat Hot.fm, "Aku Maafkan Kamu".. ;) lagu ni bermakna... taktau kenapa.. tapi lirik dia amat membayangkan sesuatu yang amat membebankan fikiran terlepas dengan tenang... Thanks Jamal / Malique Too Phat...

Status fb ku jugak aku paparkan secebis dr lirik tu... :-


Sekiranya ada yang terbaca... ni luahan hati aku... tolong jangan salah faham... tapi ini update terakhir buat penutup kesah 'semalam'... Semoga kita berjumpa di muka yang lebih bersedia dan aman... ;)

Antara lirik yang di nyanyikan :

"Aku maafkan kamu, Tak perlu kita bertemu, Cukup kau tahu, Yang aku Maafkan kamu, Tolong teruskan hidup, Jangan sebut namaku"

olahanku ; Marilah kita bersama bermafaan... Sekiranya terus dibenci.. tolong teruskan hidup tanpa aku.. jangan di ingat atau jangan sebut2 lg kesahku..

"Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu, Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu, Maafkan mereka, mereka tidak tahu, Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu"


olahanku ; bukti atau kebenaran apa yang dikehendaki sedangkan apa yang berlaku semuanya atas dasar cerita penyedap rasa mengikut nafsu kebencian... Jadi aku tak mampu untuk berbuat apa.. hanya membiarkan apa yang berlaku sehinggakan timbul pelbagai cerita.... kamu terus bercerita tanpa berfikir dan beristghfar diatas apa yang berlaku...kenapa tidak bertnya terus padaku? kenapa harus merujuk pada pencerita yang lain? 


"Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati, Atas kepala murai sekawan, Baling kurambit kucup lehernya, Terlalu rahi dendam diangan, Sampai terkacip mulut mahirnya"

olahanku ; Kita sama darah dan keturunan yang sama... tapi tak sama hati dan perasaan. Tak tahu dendam berpunca dari mana... terus berkata tanpa lelah... sehingga diriku terpempan di satu sudut yang kelam, mencarik kebenaran kata-kata yang dihamburkan...


"Jangan ahli sihir seru nama maharaja, Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma, Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara, Kalau terpelajar sila guna hak miranda, Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam, Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham, Mereka mula kiri, aku kanan bila baca, Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta"


olahanku ; berfikirlah sebelum bercerita.. takut ada hati yang  terluka... tapi akhirnya aku yang terkena... DIA telah menganugerahkan akal yang bijak untuk digunakan sebaiknya.. berhentilah bersuara perkara yang menggoyahkan iman di dada... Jangan heret orang lain dalam masalah ini... biarkan dia, yang kamu marah aku.. bukan dia... jangan mengheret org dekat dengan aku dengan masalah ni.. gunakanlah akal fikiranmu sewarasnya.. Sememangnya Ilmu di dada takkan pernah cukup sehingga ke hembus nafas yang terakhir...


"Ada teratak di hujung kampung, Bawah cermin kopak ada kotak, Tersembunyi dalamnya ada tempurung, Sembunyi bawahnya katak melalak, Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan"



olahanku ; 7 orang kesemuanya.. salah seorang daripanya tlh dianggap sepi... sehinggakan semua hasil dari dia diketepikan bagai tidak ada hati dan perasaan... ye.. ternyata yang lain lebih mempunyai kehidupan yang sempurna dari yang ini... tapi  ingatlah Allah s.w.t tak pernah ciptakan hambanya sesempurna yang di bayangkan... .. 


Sekian... Sekiranya terbaca...

Ini hanyalah lukisan dari hati aku... tidak terlintas untuk berkata apa-apa selain dari mengatakan yang "AIR dicincang takkan pernah putus... tetapi sekiranya dibiarkan.. ia akan kekeringan... dan lenyap... ", tetapi hubungan darah takkan pernah hilang malah akan bertambah mengalir mencari ikatannya... Sekian....

Aku Maafkan Kamu -Malique/Jamal Abdillah


Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


* Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau kelar gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


C/O
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Kudihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya


C/O
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


* Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Friday, January 27, 2012

Corat-Coretan ;)

Pindah memindah di Opis kuh.. huhuh... Keje tuk tahun baru blom panas lagi... cuma setakat ni kerja - kerja filing yang tertunggak kene settlekan.. seblom kami pindah ke bangunan baru.. ;( babai partition ku.... babai old building.... ;(

Thursday, January 26, 2012

Comment FB

Salam Pagi Blog ;)

Hurm.. pagi-pagi tadi masa nak melangkah kuar rumah g opis... kuh terbaca komen sorang kawan kat FB... dia tulis.. "Betul ke kalau suami tak berduit, rumah tangga tak bahagia" hurm.. tapi ni berdasarkan pendapat saya sendiri...

Tak semestinya bila Suami kita tidak bekermampuan sepenuhnya.. kita tak bahagia... Malah tika itulah kita akan kenal siapa pasangan kita yang sebenarnya... Suami yang bertanggungjawab tidak akan membiarkan Isteri nya dalam keadaan yang sukar.

(Sekiranya Isteri bekerja.. bantulah suami untuk ringan kan bebannya.. bukanlah bantu sepenuhnya.. tapi membantu untuk meringan kan beban yang ada.. Ke-izinan suami untuk membenarkan Isteri bekerja adalah salah satu faktor kita untuk membantu suami kita bila dia dalam keadaan tidak mengizinkan...)

Saat-saat kesusahan itu... kita sebenarnya di uji dari segala aspek.. termasuk dalam memperlihatkan identiti pasangan kita secara mendalam... Jadi tak semestinya bila Suami tidak berduit, Rumahtangga tak bahagia...

Sekian buat kawan kuh... Ulasan ni cuma pendapat kuh tapi mungkin boleh bantu sikit dalam soalan yang awak tanya tu.. ;p.. luvusayangskuh....friendsforever....

Wednesday, January 25, 2012

Pada Syurga Di Wajah Mu - NASH

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

Hak...Seorang Suami

Maafkan saya, Saya terpaksa mencelah,
Dia Isteri Saya
Dia Hak Saya
Dia Tanggungjawab Saya
Saya tau macam mana nak didik dia, mana yang betul mana yang Salah
Saya Sendiri akan marah dia kalau dia ada buat benda tak elok

Kalau dia salah Tegur dia elok-elok bukan dengan cara memalukan dia

Saya tau dan sedar awak siapa dengan dia
Tapi Saya Suami Dia.... Tolong hormat maruah kami.

**Sekian**

Subhanallah...

Ya Allah,


Dugaan yang kau curahkan kali ni memang menguji tahap kesabaran maksima untuk aku seorang insan yang lemah dan perlukan sokongan padu orang sekelilingnya...

Dugaan datang bertimpa-timpa... belumpun terurai yang satu.. Datang lagi yang satu... Tehampap lagi pada yang lain... Apakah langkah perubahan yang ingin aku ambil tika ini menguji kekuatanku sebagai sebagai niat untuk menjadi Seorang Muslimah? Jika ya, Ya Allah.. hanya kau saja tempat ku berlindung..dan hanya kau saja yang dengar rintihan hati ini.. 
Aku terima Qada' dan Qadarmu...

Untuk Saudara ku (Kakak),
Tabahlah hadapi dugaan ini walaupun tika ini kau sedang sarat mengandung... Mak, Abah, dan semua abang dan adik2mu sedia berada disebelahmu.. Kuatkan diri kau demi anak-anakmu... Kami sentiasa disisimu..percayalah.. setiap yang baik akan dibalas baik begitulah sebaliknya.. Allah hu alam...

Saudara Sedarah Daging ku,
Berhentilah melakukan perkara yang merosakkan kerohanian kekeluargaan... cubalah belajar untuk Memberi dan Menerima... dan perbanyakkanlah ilmu bertolak ansur.. Aku pasrah dengan apa yang aku hadapi selama di samping kalian.. Cukuplah setakat apa yang dah berlaku... Sekiranya betul siapa salah siapa betul.. tak penting utk membuktikan apa-apa.. sebab tak semua makhluk didunia ini diciptakan Sempurna....kesempurnaan itu hadir dengan izin-Nya, tidak perlu bertelingkah hanya untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.. cukuplah sekadar bersederhana dalam segala segi..  

**Semoga semuanya berada dalam keadaan sediakala, sekiranya telah ditakdirkan murka, biarlah ianya pulih menjadi yang lebih baik dari sebelumnya... Amin...**


Astagfirullah, ha illAllah...Wala ila ha illAllah...Allah hu Akbar....

Thursday, January 19, 2012

fINISHING..

Cita-cita sayang untuk hari ni... adalah untuk menyiapkan fail-fail tertunggak.. heheh... nak tolommmm dop? ;p

Doakan saya habiskan semua hari ni.. heheheh tq yangssss...

Wednesday, January 18, 2012

Lagenda Biru

Salam Blog,

Motor kami .. Lagenda 110z (Beli - 2007,Special Editon - Blue White) akan menjadi hak milik orang lain masa beberapa hari lagi... ;( banyak kenangan dengan motor tu...

Teringat masa mula-mula nak keluarkan moto tu.. Masa tu.. boyfren saya baru keje.. n dah tak tahan nak naik bas.. jadi dia ambik keputusan tekad nak kuarkan moto.... heheh... masa tu pening jugak.. yelah.. dia baru mula keje kan.. saya pulak nak tolong banyak memang tak dapat lah.. sebab time tu keje Sambilan je.. lastly kakak dia penyelamat keadaan... hurm.. jadi Lahirlah lagenda kami.. hehehehe

**Gambar Hiasan, tp ni lah Lagenda tu
Cukup sebulan umur motor tu.. kitorang jatuh motor kat depan Bukit Aman... (phewww!, calar tangan aku!) tapi moto tade pape.. aku je yang cedera ringan sikit... tapi yang tak berapa menarik.. moto tu memang selalu jatuh... hurm..adlah dalam 5 / 6x jatuh, n yang teruk 2x.. yang first tu masa motor tu masuk umur setahun lebih..(langgar lari, depan polis trafik.. tapi polis tu tak saman pun myVi tu.. siap cakap 2-2 tidak bersalah..wow.. rasuah lah ye cik polis... anak awak nnt mcm mn la agaknya) dan yang final... moto tu xcident...yang memang teruk.... sampai ambulance kene angkat husband and kakak ipar aku bawak pergi HKL... ;( husband aku teruk.... sampai nak bangun, uruskan diri sume kene bantuan.. (Allah je tau penderitaan jiwa aku waktu tu)

So, sejak pada jatuh final tu.. husband aku hantar Motor ke bengkel... hahahhaha yang klaka nye.. mungkin dia marah sangat ngn motor tu... sebab lepas hantar bengkel dia langsung tak ambik tau dah pasal motor tu... Last2 org bengkel call.. ada orang nak beli motor tu.. (pppfftttt!) husband aku trus call aku.. kata "Abang Dah Jual Motor Kita Sayang" ahhahahah.... bukan kata nak kata abang nak jual eh.. tapi kata dah jual!.. geram sangat agaknye.... hihihihi sabar jelah...

Ok. Sekarang saya dah takda Motor dah.. hurmm ;( susah jugak nak gerak sana sini... kalau sume nk g nek kete.. adeh! sesak nafas gak ni.. yelah.. stakat kedai mamak ke pasar malam ke.. mana ada parking yng ssi... iskk... cmn ni?

Pergi Saja Slideshow: Geisha’s trip to from my heart (near Sivas), Sivas, Turkey was created by TripAdvisor. See another Sivas slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Geisha - Lirik - Pergi Saja

note ; suka lirik lagu ni.. n rentak lagu yang sentimental... ;p

terima kasih tuk luka yang kau beri
ku tak percaya kau tlah begini
dulu kau menjadi malaikat di hati
sampai hati kau telah begini
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* berkali-kali kau katakan sendiri
kini ku tlah benci, cintaku tlah pergi
pergi saja kau pergi, tak usah kembali
percuma saja kini hanya mengundang perih
cukup tahu ku dirimu, cukup sakit ku rasakan kini
janji yang selalu ku ingat hingga mati
kau setia hingga ku kembali
repeat *
pergi saja kau pergi, tak usah kembali
percuma saja kini hanya mengundang perih
buang saja kau buang cinta yang kemarin
perasaan tak mungkin percayamu lagi
cukup tahu ku dirimu, cukup sakit ku rasakan kini
pergi saja kau pergi, tak usah kembali
percuma saja kini hanya mengundang perih
buang saja kau buang cinta yang kemarin
ooo percayamu lagi
tinggalkan saja diriku, semua kan percuma
cukup tahu ku dirimu, cukup sakit ku rasakan kini

Dugaan..dari mu.. keredhaanku..

Salam Blog,

Alhamdulillah kami kakitangan awam dah dapat gaji 16hb lepas.. fuhh maknanya dah hampir ber bulan di duga dengan bermacam-macam dugaan... Apa dugaannya biarlah hanya kami yang menelan rasa tu...

Adakala.. aku termelatah juga, tapi lumrah manusia kan... sabar ada tahapnya... tapi lepas istighfar.. baru aku sedar aku dah melangkah garisan luar... Macam-macam sangat dah kusut kat kepala ni... tapi tu lah.. semua ada masalah masing-masingkan? cuma berat dan ringan je perbezaannya.. ;)

Malu, Segan, Rendah Diri, Marah, Sedih, Kecewa.., di selang dengan gelak ketawa.. Semuanya bercampur baur... Luaran dan dalaman melambangkan kekuatan diri...

Apa pun ni semua dugaan kan? Redha pengubatnya.. ;)

Wednesday, January 11, 2012

1+1 = 2, ABC, Animal, Science(^_~)

Hello Blog,

Hari ni  dah masuk hari ke-3 kuh ngajar anak-anak buah tuisyen... hehhehe.. memula ingat nak buat terbuka untuk tadika 6 tahun - 12 Tahun (kira-kira untuk subjek UPSR) tapi lepas hari yang ke-2 (semalam) Yesss! I can't.. sebabnye... Yelah... mana nak masak lagi, nak basuh kain.. dan ................... hehehehhe yelah 8pg-5ptg aku keje kan.. jadi tak cukup masa kat ctu... Takpelah... ajar anak buah pun dah oke.. hehehhe... at least boleh jugak riuhkan rumah aku yang blom ada budak kecik tu.. hehhehe



Budak Perempuan Comel yang rambut 
panjang ni lah MIRA! 

Setakat ni... Little Kiddies yang blaja Isnin - Jumaat (8.45pm - 10.30pm)  is Mira ;)
Sorang budak yang cerdik... tak perlu ajar banyak2 kali.. Senang ingat apa yang di ajar... & Serious masa tengah belajar... :) luvusayang.... Sebenarnya sebelum tusyen ngn kuh.. aku selalu ajar die masa duduk serumah dengan mertua dulu.. ;) jadi... tak susah nak ajar Budak  Comel ni...







Selain Mira.. aku ajar amar.. tapi ammar cuma sekali sekala.. sebab dia ada tuisyen  dekat tempat tuisyen yang lebih baik sebab tahun ni dia UPSR, jadi ummi dia nak yang terbaik untuk dia... (ummi dia kak sue.. ;)

**ammar yang baju merah, sebelah tu faiz**

Selain dari 2 orang ni.. ada lagi sorang si comel yang suke datang ikut masa ngn mood dia... Si kecil Sofea.... ;)

*sofea - baju kurung putih*



Rasa terisi kekosongan hati bila ada budak2 ni... ;) Momy memang garang tau.. tapi momy sayang semua! Momy marah sebab momy sayang... taknak anak-anak buah momy tersalah etika dalam kenal do's and dont.. ok kiddies?

Sayang semua anak-anak buah kuh... mmmuuaahhhh'''''' loveallofusomuch!

Monday, January 9, 2012

Pekerja TASKA di Perlukan SEGERA!

Hai Kawan!
Ni ada sedikit info pasal 'job vacancy' ;) baca iklan ni baik-baik k kengkawan.. ;) :
Sekian, Terima Kasih. ;)
_______________________________________________________________

Pekerja Taska Diperlukan SEGERA

Pengalaman: Mengetahui Cara-Cara Menguruskan Kanak-Kanak (Dari umur 4 bulan -
6 tahun)

... Kelayakan :
Perempuan (18 tahun ke atas)
Lepasan SPM digalakkan memohon
Tempat Tinggal Disediakan 
Tempat : Teletak di kawasan Kepong

*Sekiranya Berminat: Hubungi Rosita, di talian +60129722512 / Tinggalkan butir anda disini.. Terima Kasih

M.A.L.A.S a.k.a L.A.Z.Y


Entah! rini aku malas segala-galanya! Hampir nak EL! gara-gara perasaan MALAS bertimpa timbun! muahahahah! Sekian. Terima Kasih.






Friday, January 6, 2012

1 New Massage Received

A telah terbaca pesanan ringkas daripada C melalui telefon bimbit B :

C : Assalamualikum, B apakhabar? Harap jangan lupa ye dengan ......... tu..
B : Wsalam, InsyaAllah saya takkan lupa...
C:  Alhamdulillah... semoga awak berjaya
B : Terima Kasih C, kalau ada apa-apa nanti akan saya kabarkan
C : Baiklah, Assalamualaikum..

Perasaan A selepas baca Pesanan tu..:

Ya Allah, betapa B berusaha untuk mengelakkan perkara tu dari diketahui A, Astagfirullah Al - azim... petunjuk yang Kau berikan pada A amat membuat diri A rasa serba salah. Tetapi B seorang teman yang tenang hadapi semua dugaan yang diberikan. Alhamdulillah.....

Thursday, January 5, 2012

Sembang Petang ;)



Setitik, setitik.. demi setitik.. bila la nak abis ni... ;).. hishh pening jugak dibuatnya... sampai nak buat apa pun tak boleh.. ;( takpelah.. dugaan kan? Redha je lah.. ;)




Oh ye... semalam genap Nur Ashifa' Farisha 2 tahun...Selamat Hari Lahir Sayang... :) Semoga anak MakLang sihat selalu k dear? heheheh...

Mak Lang Sayang Kamu.... Mmmuuuaahh

Tuesday, January 3, 2012

Perasmian Diary Gloryahatty 2012

Salam Semua,

Alhamdulillah.. kita masih lagi bernafas untuk tahun 2012 ini... bersama - sama ini saya selingkan doa.. agar kalian semua sentiasa mendapat Rahmat & Petunjuk bagi mempermudahkan lagi segala urusan yang akan di laksanakan untuk tahun ini....

Diary Gloryahatty bermula untuk tahun 2012 ini... semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya... InsyaAllah.....Amin.... ;)

Sekian.

Wassalam...
attachment :-
**sumber dari 
http://www.e-mosque.com.my/ibadatsunat/d12.html **
Doa diberikan Rahmat & Petunjuk


رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"

01 Jan 2012..










..Doakan Kebahagiaan Kami..