Thursday, December 29, 2011

Diary Penutup Gloryahatty di 2011

Alhamdulillah... kita sudah hampir ke penghujung tahun 2011..

Dalam tahun ni banyak perkara yang boleh aku jadikan kenangan dan banyak jugak mengajar aku menjadi seorang insan, isteri, anak, menantu, kakak, adik, ipar, biras dan sahabat yang lebih menghargai ikatan yang telah di rencanakan oleh-Nya...InsyaAllah..

Kalau nak di ceriterakan memang banyak kenangan yang ingin dicoretkan.. tapi.. cukuplah sekadar ianya di ulaskan secara ringkas... yang lain kuh simpan dalam diri dan jadikan ianya sebagai suatu keindahan kehidupan...

Alhamdulillah semua rintangan dan cabaran untuk tahun ini dapat kuh tempuh dengan baik... ;) ada seperkara yang buat aku takkan lupa...dan ia amatlah pengalaman, kenangan dan keindahan yang amat berharga :-


Ikatan Suci selama 1 tahun lebih, Usia Perkenalan  hampir melalui se-abad

Percutian ke Pulau Pangkor, Ulangtahun Perkahwinan kami ;)

Percutian bersama keluarga, Pulau Langkawi
Kenangan bermakna dalam erti ikatan sebuah persahabatan .... 
Pertemuan antara 5 sahabat..


Syukur Alhamdulillah pada Mu.. kerana memberi keizinan untuk aku menempuhi tahun ini dengan pelbagai corak dan warna... yang baik akan ku simpan menjadi kenangan yang amat berharga manakala yang kurang akan aku jadikan ia sebagai pengajaran untuk aku menempuh hari esok....InsyaAllah..

...Sekian...

Penutup 2011 di Ceritera Gloryahatty 

..Selamat Tinggal 2011..

No comments: