Tuesday, November 15, 2011

Pagi Selasa

Alhamdulillah.. aku lebih tenang sekarang dari sebelumnya... 
Terima Kasih padamu mengizinkan aku memperoleh ketenangan ini... ;)

Entry semalam telah di deleted atas sebab-sebab tertentu... (terlalu emosi masa menaip) hurm... bak kata pepatah 'Hari ini lebih baik dari semalam'... InsyaAllah...

Muhasabah diri amat penting dalam melaksanakan dan membimbing diri untuk jadi lebih baik dari yang sebelumnya.. InsyaAllah.. ketenangan akan datang dengan sendirinya

Berfikir Rasional & Meminggirkan perasaan negatif.. banyak mendatangkan kebaikan dalam sesorang individu itu apabila dia dilanda masalah yang mengganggu jiwa dan perasaan.

Alhamdulillah aku masih boleh mengawal perasaan dalam apa jua keadaan... Banyak yang aku belajar dalam mengenal kehidupan.. walaupun kadang aku 'ter'bawak perasaan tidak elok.. tapi tak pernah lama... tapi sedikit sebanyak perkara-perkara sebegitu membawak aku ke arah yang lebih meyakinkan... InsyaAllah....


TERJEMAHAN SURAH AL 'ASR

TERJEMAHAN SURAH AL ’ASR
(MASA)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

KETERANGAN SURAH AL ’ASR

Semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh, serta suka nasihat menasihati tentang kebenaran serta kesabaran. Orang yang soleh sentiasa menjaga baik hubungan sesama manusia serta hubungan dengan Allah swt. Masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah tanpa membazirkan perkara dengan perbuatan yang sia-sia. Pendek kata sentiasa mengikuti apa yang diperintahkan olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI

No comments: