Tuesday, September 6, 2011

Corat Coret Raya..


    
Yang Mulia

Satu Hari Sebelum Raya :

Puas, Penat, Mengantuk, Nak Pengsan, Gembira, Bahagia... hehehe...

Puas sebab selepas bertungkus lumus buat persediaan untuk menyambut ketibaan Syawal. First time kuh belajar buat ketupat (sebelum ni makan je) hehehe... satu pengalaman baru!!...aku tido koi 4 pagi tu... giler la! terus join family c dia sahur.. (aku tak puasa pon sebenanye tapi takut lapa makan je la)

Satu hari sebelum Raya still keje kat opis... (halfday je pon) banyak jugak keje aku buat kat opis.. disebabkan jadi Komiti untuk "Majlis Semarak Aidilfitri 2011" aku ngn Papa Baqeer bertungkus lumus buat kad invitation (last - last kene buat balik semalam disebabkan oleh sampul kad yang tak cantik tu) aku drive balik rumah koi 12.30tghr.. aku terus pengsan tido sampai kol 2ptg.. disebabkan oleh kepala yang berdenyut2 tak tido malam sebelum tu. Bangun dari tido... sampai la ke malam raya.. kami sekeluarga bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk Sambutan Syawal yang mulia...


Malam Raya :

Takbir Raya Berkumandang, Sedih, Sayu, Tetap Gembira & Bahagia... 

Allah hu akbar Allah... hu Akbar Allah hu Akbar.. Laa... illahaillAllahuakbar... ;( sayu hati aku dengar takbir.. tapi aku tabah kan hati cekalkan jiwa... tahan air mata.. ( mak, abah, abang, kakya, aja, awan.. awie rindu korang semua.. malam raya tu.. awie betul2 rasa rindu sangat2 sebab kita tak pernah beraya bersama sejak abang dengan kakya kahwen.. awie rindu nak raya macam dulu2.. tapi masa dah berubah.. kita makin meningkat dewasa.. InsyaAllah.. kebahagian itu masih ada.. Awie sayang korang semua.. sampai bila-bila) nak menangis ada, mata bergenang ada.. tapi syukur alhamdullillah... aku gagah kan juga untuk mengharungi Malam Raya yang penuh keberkatan itu..


Raya Pertama :

Salam Mohon Maaf pinta restu Ibu & Bapa belah Mertua...  
Tahun ni aku beraya dengan Mertua, Pagi Syawal yang Syahdu..Sayu.. Berkumpul memohon maaf.. tak dapat ditahan air mata aku memohon maaf salah dan silap pada semua...Baba sakit hari tu.. tapi alhamdullillah baba kuat... lepas salam2 aku dan c Dia berangkat ke  Syurgaku, Pantai Dalam, KL untuk berjumpa dengan Abah aku yang beraya seorang diri (jangan tanya kenapa, cukup sekadar baca) lepas bersalaman.. aku bertolak ke Bukit Rokan, Negeri Sembilan.. alangkah girang nya hati nak jumpa mak aku kat kampung...

Sampai-sampai kat Kampung...nenek aku cakap :
"laaa... mak ngn kakya sekeluarga baru je bertolak balik 10 minit yang lepas!.. ko lambat sikit je..kalau tak sempat jumpa diorg.." (bayangkan perasaan aku waktu tu? aku semangat balik kampung semata-mata nak jumpa mak ngn Kakya..) tapi alhamdulillah.. adik aku Aja masih ada kat sana.. ;) terubat sikit rasa rindu kat dalam dada..

Aku cadang untuk stay sana sampai Khamis.. lepastu bertolak balik Melaka..
Kejadian tak di ingini berlaku ;( subhanallah.. ujian yang kau beri, maha hebat.. Duit belanja raya Suami aku hilang...! RM500.00 semuanya... masa tu nak isi minyak..kitorang nak berjalan raya pergi Rembau baru suami aku sedar duit dia takda... kami patah balik kampung nenek aku untuk carik... tapi...... takda jugak.

Puas Carik.. tapi tak jumpa. Suami aku takut ssuatu terjadi. keadaan akan bertambha buruk. suami aku angkat semua bag2 baju kitorang dan ajak aku balik Melaka. Masa tu aku tak boleh nak kata apa. Nak menangis pun ada. Serba salah pun ada. kalau aku tegah dari ikut cakap dia. Dia Suami. Kalau aku ikut pulak, apa kata keluarga? tapi aku tak mampu nak bersuara, Suami aku panas baran kalau ada benda yang dia betul-betul marah. Jadi aku ikut dia Balik Melaka.. 

Sebelum balik.. Aku salam semua org..mohon maaf. Kat nenek, pakcik dan makcik semua. Aku terus bertolak Melaka.. 

Dugaan Mu memang Maha Hebat Ya Allah, sedangkan aku Redha dengan ketentuan mu.. ku anggap tiada rezeki ku dan suami ku atas kehilangan itu... dan untuk mengelakkan kejadian bertambah buruk berlaku.. Kau menguji ku lagi... 

Makcik2 aku, nenek semua salah kan aku. Tuduh aku tak pentingkan keluarga. Sumpah Demi Allah aku takda niat apa-apa masa melangkah keluar dari rumah nenek. Aku cuma ikut kata suami. ada baiknya aku pergi. sekiranya tidak kemungkinan suami ku akan lebih bertindak luar kawalan. Ada makcik aku yang mengatakan "Setakat 500.00 belum 5000.00 yang hilang" Subhanallah.... memang jumlah 500.00 tu kecil bagimu.. tapi besar bagi aku dan suami yang sumber pendapatan sederhana. Namun aku tetap redha.. dan anggap ianya ujian bagi menguji tahap kesabaran diri.


Raya Ke-2 Hingga Ke-6 :

Beraya di Melaka... 

Raya ke 2 Aku dan suami membuka lembaran baru.. beraya di Rumah sanak Saudara di Melaka.. Pasang pelita main mercun..  

Raya Ke-3  Air Mata aku tumpah jugak akhirnya... Bila Kak Sue asyik tanya kenapa muka aku ketat pagi2 buta...(sebabnya; sebab aku tak dapat beraya dengan family aku lagi) Tapi aku gagahkan juga Beraya siangnya, malam tu aku, c dia, Syakir dgn adik ipar aku Safuan.. g lepak mamak... (layan magi goreng ngn teh tarik!) Esoknya sambung Beraya... 

Raya Ke-4 Abang ipar aku nak tunang...aku tolong wat hantaran sampai siap. hehehe Penat jugak...:) tapi Alhamdulillah siap jugak akhirnya.

Raya ke-5  Abang Anor Tunang, malam tu aku ngn c Dia beraya kat Zoo Melaka hehehehe MidNight Safari... Terbaek wooo! Pergi lah try! best tau! Lepas balik Zoo Sambung beraya rumah pakcik dia lagi (almaklumlah.. adik beradik mak dia 11orang...hehehe) Malam tu Gen2 Rosak.. haddoiyai... masalah bertimpa lah jawabnya.. tapi al hamdulillah... 

Raya ke-6 Besok tu hari ahad... pagi2 hantar Gen2 g bengkel... dalam koi 12 camtuh Gen2 dah oke.. aku n c Dia terus Shoot pantai Dalam..... (tak sabar aku nak jumpa family aku pulak apa nak cakap, cakap ler aku tak jumpa langsung mak aku dari Sebelum raya sampai la Raya ke-6 nih

Kisah di Pantai Dalam :
Alhamdulillah.. semua ahli keluarga aku ada... Abang, Kakya, Aja, Awan.. Abang ipar aku, anak-anak kakya.. semuanya ada!! wahhhh! seperti yang aku harapkan dari Malam Raya hari tu... Aku Bersyukur padamu Ya Allah.... kerana memberi aku masa yang amat bahagia ini.. dah lama aku mimpikan suasana ini... dah bertahun aku tak merasa beraya bersama kesemua ahli keluarga ku.. (walaupun kakSue & Waiez takda, aku doakan mereka bahagia beraya disana) Secara kebetulan keluarga belah abah aku ada sama... wow! meriah Rumah Mak aku hari tu.. walaupun untuk beberapa ketika... Aku Dapat merasa nikmat itu.. Alhamdulilah....

Apa pun yang terjadi, Aku tetap bersyukur.... dah Redha dengan qada' qadar mu.... Aku tetap bahagia dengan Sambutan Syawal 2011... ini... ;) Selamat Hari Raya Semua!!! Maaf zahir Batin...

Sekian... Coretan Syawal

2 comments:

sHima AzMir said...

aduyai...byk juga wuet yg ilang tu....nak jadi..kita pon tak duga.tapi finally dpt braya dgn mak abah n ur sibling kan...alhamdulillah.

note: time bkumpul ramai braya,mmg kena careful dgn cash money.

gloryahatty said...

tu la ma...takda rezeki... nak marah sangat pun tak boleh... nak menyesal sangat pun tak guna.. Redha je lah langkah terbaik... tapi tu pun org salah anggap... apa nak buat... sabar je lah kan...

;) tq for the noted! lepas ni... kene xtra vaganza careful!