Thursday, August 11, 2011

1000 Rahmat Rumah Biru Jalan Mati

Alhamdulillah.... dah dua bulan aku dan dia duduk kat sini (walaupun kadang-kadang kami curang) seronok mulakan hidup baru bersama teman dunia akhirat... (walaupun sebelum ni kami memang ada duduk kat Kota Damansara) InsyaAllah.. susah senang sama-sama... walaupun kadang2 terpeleot sikit setakat ni aku hargai apa yang di berikan oleh-Nya... Tak sesempurna dan tak kekurang mana... semuanya berada dalam keadaan sederhana....Aku Bersyukur Padamu Ya Allah kerana ada kelebihan dan kekurangan yang kau anugerahkan.. tapi aku tetap Sujud padamu.... 

Kelebihan yang diberikan amat aku hargai dan sanjungi dengan penuh bersyukur.... Kekurangan yang ada aku anggap ianya adalah ujianmu yang menyayangi hambamu supaya menjadi seorang yang cekal dan sabar... Ujian yang aku hadapi ini banyak menebalkan kesabaran dalam diri ini...Namun aku tetap terus berdoa mendekatimu...

Kurniaan Rumah Biru Jalan Mati banyak ajar aku menjadi seorang anak, menantu, ipar, biras, cucu, kakak, dan adik perempuan yang sentiasa menghargai sebuah ikatan kehidupan yang amat berharga yang membawa aku kejalan yang lebih bermakna dan sempurna...

Ya Allah Ya Tuhanku... kekalkan dan tambah baiki lah kehidupan ku supaya aku terus gagah mengharungi ujian demi ujian mu... tempatkanlah kami suami isteri, ibu dan bapa kami dan seluruh kaum keluarga serta sahabat handai kami di tempat Rahmatmu.... Amin


No comments: