Thursday, July 21, 2011

Takziah Saudaraku

Shah,

Aku ucapkan Takziah... Semoga kamu tabah dan kuat hadapi dugaan ini... Yang pergi takkan kembali.... yang hidup redhakanlah pemergiannya....

Shah,
Aku kagum dengan kau.. saat saat kau menerima dugaan maha hebat ini.. setitis air mata pun tiada keluar dari kelopak mata kau... Alhamdulillah Shah... kau berjaya membahagiakan arwah semasa hidupnya... sebab aku penah dengar... Orang yang tidak menangis di hari kematian Ibu atau Bapanya.. mereka telah puas membalas jasa kedua ibu bapanya..dan mereka tergolong dalam kalangan anak yang soleh....

Shah,
Hari ni hari kau.. hari aku akan tiba juga satu hari nanti.. dan aku tak boleh janji jadi setabah kau....sebab aku sedar aku belum puas membalas jasa kedua ibubapa aku.... (maafkan awie mak, abah... awie sedar awie tak sebaik anak perepuan yang abah dan mak impikan...tapi awie cuba untuk bahagiakan mak dan abah sepenuh hati awie..InsyaAllah....)

Shah,
Sebenanye aku sebak dengan suasana semalam... malam yang dingin...sunyi da sepi...
Ayah yang selama ini cergas mencari rezeki untuk membesar kita terbujur kaku tak bergerak dan bernafas...

Shah,
Selama ni aku banyak pergi melawat orang yang sudah pergi.. tapi suasana selama banyak menginsafkan aku.. sebab dia jadi kat orang yang rapat dengan aku... apa yang dia rasa aku dapat rasakan... walaupun tiada tangisan.....

Akhir kata.. Aku doakan semoga Allahyarham Haji Osman ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Maha Esa.... Al-fatihah...

No comments: