Thursday, July 7, 2011

Berita Dari Sahabat Lama

Hurm,
Lama tak dengar kabar dari dia... dia adalah seorang sahabat suatu ketika dahulu yang sememangnya sentiasa 'turun padang'...

tapi lepas aku tuka kerja... macam ada sumthing yang tak kena pada dia.... bila aku call opis... katanya dia takda la... msg tak reply... bila aku ke sana pulak.... dia EL pulak... hurm... aku tercarik carik jugak info pasal dia.. sebab kat ofis tu.. dia rapat dengan semua orang.....tapi sorang pon tak tau kenapa dia berubaha drastik macam tu....


tau tau....aku dapat berita.. dia dah ditukarkan tempat kerja ke Melaka... aku tekejut jugak... sebab dalam tempoh aku nak update pasal dia, dia dah takda kat KL secara tiba2.. ofiz pon tak tau bila dia mintak tukar kesana... 

sekarang ni dah masuk 3 tahun aku keje MIDA.. & maknanya dah 3 tahun aku tak dapat contact dia.... aku memang carik dia.. tak penah putus asa... sebab bagi aku dia seorang sahabat yang amat sukar dicari di dunia fana ni.....

yelah, kawan bergelak ketawa, bersuka ria.. memang ramai... tapi kawan yang boleh sertai kita dalam apa jua 'acara' memang sukar untuk kita dapat...tapi syukur alhamdulillah.. selain dia... aku juga ada kawan yang sama macam dia... yang aku amat hargai ikatan persahabatan yang terjalin... syukur pada mu Ya Allah...


Semalam.....
aku dapat msg dari nombor yang aku tak kenal... yang menghantar pesanan (sms) 'nori... kau kat mana sekarang? Sihat? Still keje MIDA lagi tak?...' aku pon reply... 'siapa ni?'  dia balas... 'aku....n****' astagfirullahhhh.....subhanalllah... aku rasa nak menangis..... 3 tahun aku carik dia.... semalam dengan izin-Nya... aku dapat berhubung semula dengan dia.....Alhamdulillah....aku terus call nombor tu..... kitorang borak-borak dengan semangatnya (yelah lama tak jumpakan?) lama kitorang borak.... sampai satu part dia mula cerita sumting kat aku....


'nori.. aku dah divorce... suami aku tipu aku.... 2 tahun lepas dia baru keluar Pusat Pemulihan.. sebab drug add... aku mintak cerai.... selama tempoh dia kat dalam sana... kereta aku kene tarik.. rumah aku kene lelong..... kredit card aku tak terbayar....nama aku blacklist.. hutang aku keliling....keluarga mentua aku buang aku.... aku takda sapa2 kat kl.... aku penah tumpang rumah kawan sana sini.... last last aku dapat jugak tukar kat melaka... tapi family aku tak boleh terima aku.. diorg kata aku menumpang.... sekarang aku sewa bilik kat melaka.... gaji aku kene tolak sebab kan dulu aku penah buat loan untuk husband aku... sekrang aku dah takda apa2....  xhusband aku buat tak tau dengan hutang2 tu semua...dia dah kawen baru.... hidup aku dah hancur....'

Aku menangis dengar cerita dia... aku tak mampu nak kata apa-apa... cuma airmata yang sahabat aku tak tau aku memangis...


sebelum ni aku selalu kongsi masalah aku dengan dia... apa-apa pun aku bagitau dia..... tapi.. bila dia ada masalah... aku kat mana????!!!!! ya Allah... kenapa aku macam ni.... aku rasa serbe salah! 

aku janji.... aku akan jumpa dia bila aku balik melaka nnt... InsyaAllah..... aku nak jumpa dia!! betapa aku rindu dan simpati pada seorang insan yang amat aku perlukan selama ni.... mungkin ni saat untuk aku tebus... tempoh 3 tahun yang lepas....


Sabarlah sayang.... suatu hari nanti, kau akan dapat anugerah termohor daripada yang Esa... InsyaAllah... Allah s.w.t takkan sewenang wenangnya menyusahkan hambanya.... kau adalah insan yang disayanginya.. teramat sangat.. harungilah dugaan ini dengan tenang dan ikhlas serta tabah..... InsyaAllah.. sekiranya kesenangan disini tidak kau peroleh... kau akan bermewah disana... InsyaAllah....


Ya Allah... ringankanlah bebanan sahabat ku ini.... seseungguhnya dia adalah seorang insan yang amat disenangi ramai.... permudahkanlah perjalanan hidup dia ya Allah..... sesungguhnya, engkaulah maha pengasih lagi maha penyayang......


Subhanallah...

No comments: