Friday, June 24, 2011

Usahlah kau bersedih...Di hadapan mu aku hadir...

Suami ku,
Terima kasih diatas sokongan mu....
memberi aku seluas kasih sayang dan sokongan...
Walau apa pun yang aku kata atau luah... 
tak pernah kau abaikan
walupun tika itu kau sendiri dalam kepayahan 
menelan arus kehidupan...

Suami ku,
aku tau apa yang kamu sedang lalui...
kepayahan kau dalam menongkah masa hadapan kita...
tapi tak pernah kau nyatakan kepayahanmu...
Kadangkala aku berasa serba salah dengan perlakuanku...
Maaf kan aku sayang....

Suamiku,
walau apa pun yang terjadi... 
kau tak pernah tinggalkan aku sendirian walaupun 
kau dalam keadaan yang tidak mengizinkan...
Aku mohon maaf sayang...
Dengan keadaan aku yang tidak sekuat wanita lain...
yang sememangnya sentisa dilanda masalah...
Kau tetap ada di sampingku.
Memberikan aku semangat dan sokongan..

Tiada kata kata yang mampu aku luahkan
Hanya ucapan 'Syukur Alhamdulilah..' Terima Kasih Ya allah..
Kurniakan aku insan sentiasa ada disampingku... 

 
 

No comments: