Tuesday, July 20, 2010

Penyatuan 2 Jiwa

Tanggal April lalu, aku telah di ijabkabulkan dengan orang yang paling aku sayang dan kasihi. Sejak dari tarikh itu hidupku lengkap dan bahagia disamping suami yang di damba kan selama beberapa tahun menyulam cinta.

Banyak pancaroba yang kami lalui sebelum bersatu teguh bersama-sama menongkah arus dunia.

Pada April 2002 aku dipertemukan dengan sidia melalui saudara ku di sebuah pasaraya sekitar kuala lumpur, pada waktu itu hatiku berbunga-bunga melihat sang kumbang. selang setahun selepas itu kami menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.... 7tahun selepas itu jodoh ku telah termaktub dengan si dia...

Alangkah indah pabila sentiasa berada bersama dia. Dialah segala-galanya.