Friday, July 23, 2010

Sedey..

Hari ni aku betul2 sedih.... bertambah kecewa....
Semua yang nampak aku luaran semua tu hanyalah peng'coveran' wajah semata2...
hurm..... apa aku nak buat? susah ke aku nak dapatkan hak milik kekal hidup aku sendiri? aku rindukan sebuah kehidupan yang tenang.... bukan harta benda yang aku nak.... aku cuma perlukan kelengkapan kehidupan...... arggghhhhh....!! ya Allah... dugaan apa yang kau berikan padaku?

Thursday, July 22, 2010

BaRu Ku Sedar


hurm... malam tadi aku terdengar satu bisikan yang sungguh syahdu.....
Suami ku membisikkan sesuatu ke telingaku dan mengucup dahiku sebagai tanda kasih.....
Mungkin dia tak sedar yang aku belum tidur betul-betul lagi... huhuhuhuhu yang aku dengar dia cakap - "Ya Allah terimakasih kerana Engkau Kurniakan aku Seorang Isteri yang Amat memahami diriku dan segalanya Tentang aku" ('_') saat tu aku rasa nak peluk dia kuat2..... tapi apo dayo.... kene maintain tido..... huhuuhu

apa-apa pon... aku cukup bersyukur kerna disatukan dengan insan yang amat aku sayangi....

Tuesday, July 20, 2010

Penyatuan 2 Jiwa

Tanggal April lalu, aku telah di ijabkabulkan dengan orang yang paling aku sayang dan kasihi. Sejak dari tarikh itu hidupku lengkap dan bahagia disamping suami yang di damba kan selama beberapa tahun menyulam cinta.

Banyak pancaroba yang kami lalui sebelum bersatu teguh bersama-sama menongkah arus dunia.

Pada April 2002 aku dipertemukan dengan sidia melalui saudara ku di sebuah pasaraya sekitar kuala lumpur, pada waktu itu hatiku berbunga-bunga melihat sang kumbang. selang setahun selepas itu kami menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.... 7tahun selepas itu jodoh ku telah termaktub dengan si dia...

Alangkah indah pabila sentiasa berada bersama dia. Dialah segala-galanya.